Resepi-resepi Pilihan

~Assalamulaikum ..
apa khabar semua..
disini bonda nak kongsi dan panjangkan lagi
hidangan harian bonda di rumah melalui FB
ke ruangan ini.


18 November 2011 

set hidangan teghari tadi ialah..kepala ikan bawal hitam masak masam manis.sayur lemak kubis+carrot+sawi.jenahak masak asam pedas.sambal belacan + timun.kari ikan kembung semalam.ikan masin goreng.dan sambal petai +udang semalam..hih


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Resepi untuk KEPALA IKAN MASAK MASAM MANIS 





*KEPALA IKAN BAWAL di bersihkan..


bawang merah, bawang putih dan halia di kisar.


cili kering di rendam dan di kisar halus.


Panaskan minyak,


tumis bahan kisar tadi sebanyak 2 sudu besar,


cili kisar 1 sudu sahaja.


bila sudah wangi, masukkan sos tiram, cili sos dan tomato sos,


bonda suka tambah sos pencicah keropok lekor utk rasa yg lebih manis


dan masam. itu rahsia bonda..syyyy!!


setelah itu masukkan sayuran campur yg anda suka.


jika letak kiub nenas dan cendawan butang memang menaikkan selera.


masukkan 1 sudu kecil REMPAH PERASA LAKSAM DAN LAKSA.


kacau hingga sos sebati.


Tetapi jangan lupa KEPALA IKAN BAWAL tu kenalah di lumurkan dgn sedikit garam dan tepung jagung, goreng hingga garing.


susun dalam pinggan dan curahkan sos masamanis tadi..hurmm..


sedia di hidangkan..:)